Monday, 10 April 2017

Taiwan



































Pelancongan Di Taiwan

Taiwan merupakan sebuah negara Asia yang sering dilawati oleh para pelancong dari negara lain. Keluasan negara Taiwan adalah sebanyak 35980 kilometer persegi dan jumlah penduduk terkini adalah sebanyak 23.53 juta orang. Ibu negeri Taiwan ialah Taipei bandar Taipei. Penduduk di Taiwan terdiri daripada sebahagian besar orang Cina dan juga bumiputera. Bahasa rasmi di Taiwan adalah Bahasa Mandarin tetapi penduduknya kebanyakan menggunakan bahasa Hokkien dalam pertuturan harian. 

Iklim di Taiwan adalah subtropika di bahagian utara dan beriklim tropika di bahagian selatan, iaitu suhu purata adalah di antara 22oC - 25oC sepanjang tahun. Masa yang paling sesuai untuk melawat ke Taiwan ialah antara bulah September hingga Mac kerana suhu pada ketika itu adalah lebih rendah dan udara amat nyaman. 

Taiwan mempunyai banyak bumiputera seperti Amis dan Paiwan, yang mempunyai adat dan tradisi yang unik. Bumiputera di Taiwan mempunyai cara kehidupan yang berbeza dengan penduduk lain.











Hotel Di Taiwan


1. Ambassador Hotel



Gambar: Ambassador Hotel

Ambassador Hotel merupakan hotel yang bertaraf 5 bintang yang terletak di Hsinchu. Hotel ini amat terkenal kerana ia sesuai untuk semua pelancong yang berbeza agama. Pelancong Muslim juga boleh singgah di hotel ini kerana makanan yang disediakan adalah dijamin halal dan juga dilengkapi dengan tempat bersembahyang bagi pelancong Muslim.

Gambar: Makanan halal

Makanan disediakan dengan menggunakan sumber makanan yang sesuai untuk pelancong yang berbilang kaum. Terdapat juga makanan yang khasnya untuk vegetarian. Segala sumber makanan dijamin halal serta segar untuk menyediakan makanan yang berkualiti kepada pelancong.

Gambar: pencuci mulut

Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut yang enak disediakan untuk pelancong seperti kek, kuih-muih dan buah-buahan. Pencuci mulut yang menarik sememangnya sesuai untuk pelancong dari pelbagai lapisan umur. 


2. Shangri-La Leisure Farm
Gambar: Shangri-La Leisure Farm



















Selain itu, Shangri-La Leisure Farm juga merupakan salah satu pilihan tempat penginapan. Hotel ini terletak di daerah Yilan serta amat disukai oleh pelancong kerana dikelilingi oleh pemandangan yang indah. Hotel ini adalah berkonsepkan kehidupan desa. 

Hotel ini menyediakan bilik yang lengkap dengan arah solat dan makanan halal untuk pengunjung beragama Islam. Para pekerja juga turut menyertai khusus sajian dan panduan halal yang telah ditetapkan oleh Persatuan Muslim China.


Gambar: Membuat Tanglung

Pelbagai aktiviti dijalankan di hotel ini seperti menjelajah desa, memasak, membuat tanglung dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. 

Gambar: Makanan Halal


Makanan yang disediakan dijamin halal. Oleh itu, pelancong Muslim boleh menikmati makanan dengan selesa.


3. Fleuer De Chine Hotel

  Gambar: Fleuer De Chine Hotel


Hotel ini berada di sebelah tasik Sun Moon. Oleh itu, pelancong dapat menyaksikan pemandangan tasik Sun Moon semasa berada dalam bilik. Hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan rekreasi kepada pelancong seperti perkhidmatan SPA, kolam renang, bilik gym dan sebagaiya. Makanan halal juga disediakan untuk pelancongan Muslim. 


Makanan di Taiwan
Soya Yon He

 Gambar : Kedai Soya Yon He

 Gambar : Soya Susu Kacang

Kedai Soya Yon He yang terkenal di Taipei menjadi tempat popular bagi pelancong. Kedai ini merupakan sebuah kedai yang menyediakan sarapan. Terdapat pelbagai jenis soya yang dijual seperti soya yang manis, soya masin, soya bijian hitam. Gabungan soya dengan You Tiao atau dikenali sebagai "Char Koi" di Malaysia merupakan gabungan makanan yang paling digemari oleh pelanggannya. 


Ayam Goreng

 Gambar : Ayam Goreng

Ayam goreng merupakan makanan yang terkenal di Taiwan. Ia boleh dijumpai di setiap pasar malam Taiwan. Ayam goreng telah menjadi makanan yang terkenal di seluruh Taiwan. Makanan yang mendapat banyak sambutan adalah disebabkan keenakannya. Ayam goreng disediakan dengan dibumbui dan dicampur dengan tepung lalu digoreng dengan minyak. Ayam goreng terasa garing dan berwarna kuning emas mengilap.


Bubble Tea

 Gambar : Bubble Tea

“Bubble tea” atau teh gelembung juga merupakan sejenis minuman yang berasal dari Taiwan. Ia merupakan minuman berbuih dibuat dengan teh ais, susu manis dan biasanya dengan bola hitam manis atau "mutiara" yang diperbuat daripada ubi kayu.

Tauhu busuk

 Gambar : Tauhu Busuk

Tauhu Busuk merupakan makanan yang terkenal di Taiwan. Aroma yang unik ini adalah daripada fermentasi dengan bahan rempah dan digoreng kering. Tauhu busuk biasanya disajikan bersama kubis rebus, kicap dan sos bawang.


Destinasi Pelancongan Di Taiwan
1. Pasar Malam Feng Chia






 Gambar 10: Pasar Malam “Feng Chia”


“Feng Chia” pasar malam adalah pasar malam yang terbesar dan terletak di Taichung. Ia mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak dan merupakan syurga membeli-belah pakaian dan aksesori yang bergaya. Terdapat lebih daripada 1,000 kedai dan gerai-gerai makanan di sepanjang Jalan Wenhua, Jalan Feng Chia, Jalan Fuxing , dan Jalan Xian. Di sini, pelancong boleh mengambil peluang untuk mencuba makanan yang lazat dan membeli pakaian yang bergaya dengan harga yang murah dan berpatutan. 


2. Ximending




 Gambar: Ximending


Ximending merupakan lokasi tumpuan bagi pelancong dari dalam atau luar negara. Ia terletak di barat bandaraya Taipei. Ximending menawarkan kepelbagaian barangan terutamanya penggemar fesyen. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh mendapatkan berbagai-bagai jenis pakaian dan aksesori daripada pengaruh fesyen seperti Jepun, China dan juga barat.

Ximending terletak berhampiran stesen MRT, anda boleh sampai ke sini dengan mudah. Selain fesyen, pelbagai barangan lain seperti gajet elektronik, kafe-kafe dan restoran antarabangsa jugak terdapat di sekitar kawasan ini.


3. Jiufen







 Gambar: Jiufen


Jiufen merupakan pekan kecil yang terletak di atas bukit yang mempunyai pemandangan Taiwan yang indah menghadap laut dengan persekitaran gunung-ganang dan terkenal dengan pemandangan matahari terbenam. Paling mendapat tumpuan para pelancong disini ialah Jiufen Old Street, sebuah sistem lorong kecil dimana kedai di sepanjang lorong menjual barangan cenderamata, snek tempatan popular seperti Taro Ball, Ah Zhu Peanut Ice Cream dan banyak lagi.


4. Pusat Membeli-belah Taipei 101

 Gambar: Taipei 101


Bangunan ini setinggi 508 meter dengan 101 tingkat menjadikannya bangunan ketiga tertinggi di dunia. Manakala elevatornya boleh mencapai kelajuan sehingga 1,010 m/min dengan muatan 1,600 kg (24 orang).

Tingkat bawah tanah 1 hingga tingkat 6 merupakan pusat membeli- belah yang menampilkan jenama-jenama terkemuka. Para pengunjung yang ingin menaiki ke tingkat balai cerap perlu membeli tiket di kaunter tingkat 5.

Di tengah bangunan Taipei 101 terletaknya sebuah peredam terbesar dan terberat di dunia yang berbentuk bola berdiameter 5.5 meter dan diperbuat daripada 41 lapisan rivet keluli dengan ketebalan 12.5 cm setiap satu. Peredam ini berada di antara tingkat 87 dan tingkat 91 serta yang uniknya pengunjung boleh melihat cara peredam ini berfungsi. Fungsi utama peredam ini ialah untuk mengurangkan goyangan menara ketika angin kuat.